Thursday, 15 September 2011

thanks sahabat

salam
hye

bosan kan??
nper kt kmk aq suka sgt sakit haa??
mst sbb teringatkan someone kan
mesti laaa
tp nak wat mcm mana
terpaksa berjauhan
hmm

selasa, 13hb.. 6.00 pg
aq dh start penat n sakit perot !!!
mcm gmbr nie
sesak nafas mcm laki nie r....cian doe

then aq sakit perot lak...

 so aq teruskan perjalanan ke toilet


=====>
to be continued
:)


lps sembahyang aq nk baring jap
pas tue
sesak nafas makin terok
aq ingat jp g uke
lps aq mandi....
x da beza pon
so aq gagah and pulon kan diri p kuliah
msk kuliah duduk mcm cacing nak mati
duduk tegak x selesa
duduk senget x selesa
then kepala dah start panas n otak dah membuih-buih
*tyme tue kuliah chemistry, pressure
mmg pressure betol la tyme tue
dalam kuliah always tgk jam jer
nak jer bagi jam tue kol 9
jam kiri (9.00 am)

hbs jer kuliah
trus bgtaw classmate ckp nk p rest kt bilik
x larat sgt2

..........
.......
.....



msk jer bilik trus tdoo





selimut macam nie r













puas jgk la tdo then sampai kol 1, lps melakukan kewajipan
Amsyar bgtaw plak da klas physics
dah la hari tue da 3 kuiz
so aq terpaksa la jgk meringankan kaki p klas petang tue
2-3 (math tutor)
3-4 (phjysics / mentor-mantee)
4-5 (expert physics)
math wat kuiz
nseb la aq ingat gak step nak wat math ritu
tp dlm kelas, sakit sendi semua da
sian gla
lps wat kuiz math, smbung kuiz physics lak
*mmg syok !!!
pas tue smbung expert physics tp duduk x selesa gla


==>
Aliff Shakir mai blk bawak minyak
dia la jd doktor urut kt ctu
ahhahahaha
soe bro

Ikhwan n Azim mai melawat then aq trus tdoo
x larat puya pasal la kan



>>>>
study ngan Aliff , kl n my roomate sampai kol 12.30 trus tdo cos dh x tertahan sakit
tp tdo jap jer
kol 1.15, terjaga dgn tba2
tyme tue mmg mcm nak mati dah
sesak nafas teruk then terfikir lak bnda nie
 
tiba2 lak tue.. :P



then Satria (pak ya) mai selamatkan
dia lah hero malam tue
naseb la dia x tido agy
klu dia dah tdo mst aq mati trus  paa
*celuparnyer mulut !!!

dia mai sapukan ubat then mai tunbuk-tumbuk belakang aq

*iklan jap
satria > player rugby, mempunyai tangan yang padat

sambung cter
>>
mmg pak ya tumbuk belakang aq mcm tendang bola rugby (tumbukan padat laa)

x sampai 5 minit (1.25 mcm tue r) p toilet p muntah
keluar mcm2 dr perot

msk bilik trus tdo

Rabu, trus lega
ahahaha
nie mst kena tumbukan padat pak ya
tp klu kena tiap2 hari bule reput tulang aq

apa2 pon pak ya mmg terbaik !
thx Hafiz cos nk p bgtaw felo
tp x pa bro aq x mau gnggu dia
t la kita kacau dia k
:)




last but not least,
i miss u so much my moyang !!!
i need u
:(













Thursday, 25 August 2011

HARGAI mereka :-)

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian


Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.


Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.


Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.


Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian:

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.


Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Thursday, 7 July 2011

SAYANG !!!!!!!!!!!!! i love u damn much !!
<3<3<3

jgn la menyepi mcm nie k
im waiting for u nie
:-D


study???kmk???
yeah every day bnyk bnda nk kena wat

study??mcm nie ooo


see !!
penat tp bez
:)
mcm2 bnda bru aq belajar

letih oo lepas study

lect??
bez sgt
tp aq paling takot ngn lect chemistry
muka garang gilaa
cuak aq masuk klas dia
lect aq gurl tp garang:) heheh


wish me luck k
ups x lama dh
2nd day puasa trus ups
:)
bye tc salam
imysm n ilysm !!!!
:)

Friday, 27 May 2011

budak p3raK !

hye !!!
nie cter masa kt matrik selama 5 hari 4 malam
poyo jer kan
baru 5 hari dh balik rumah
tapi hanis balik bukan sebab homesick k
balik nie sebab klas x start lagi
so x laa bzy sgt
after dis myb kdg2 laa baru balik

uke back to the topic !
kami
*hanis, aliff shakir, hafiz ikhwan, azim, ikhwan, mumtaz

kami belajar macam-macam kt sana
and kami wat benda baru yang x pernah buat

1st -- chicken dance (24hb may 2011)



lebih kurang macam dalam video nie laa kami wat
hahaha awal tue geli gila bila kena wat
pastue  uke dah
:)

hari yang paling malang hari selasa 24 hari bulan nie r
tyme masuk bilik kuliah, hanis n azim kena denda
ahahha
tp bkn kami dua ja k
ramai kot
tp tyme tue azim automatically dilantik menjadi ketua
ahahahaa
kami semua kena wat chicken dance !
memang syiokk !

2nd -- aq n aliff shakir beriadah di padang
kami main frissbee
*senang cakap piring yang baling anjing tuu
ahhahaa
bezz oo maen
dah la 1st tyme main
penat gila r main game tuu
aq n aliff main ala ala gambar nie r
pinjam mata jap


nie cara bermain

nie la cara aq main
hahaha



game nie la paling njoy tp penat skit laa cos piring tue terbang melayang
susah nak kejar !budak p3raK

3rd --paling x bule belah  tyme nak balik alor star tadi (27hb may 2011)

kami x beli tiket bas nak balik alor staq !
then kami kena laa minta bantuan ihsan dari kawan kami yang sorang tuu
ayah dia hantar kami dekat stesen bas
then kami p laa nak cari kaunter tiket
tengok tengok, bas untuk ke alor staq x daa
da pak cik dekat-dekat situ bgtaw kami
klu nak balik alor staq kena tunggu bas mara
punya laa lama kami tunggu
lebih kurang 50 minit laa kami dok dekat stesen bas tuu

then bas yang di tunggu-tunggu samapai jam 3.55pm
penat oo tunggu
nie 1st tyme kami naik bas ke alor staq from changlun
hahah
tgk gambar nie
nie gambar org perak naik bas


gambar tiket bas !

Sunday, 22 May 2011

x sampai sehari !!!!!!

hmm x sampai sehari dh nie !
nak nages mcm budak nieee !!!


wish me luck k !!

mak, mak hanis mnx maaf sgt-sgt klu da salah n cilap k!!
*skema gla ayat
hahahha
skema x pa jnj ikhlas
:)

adek ! t call n top up kt aq naa
top up bnyk2 taw
x abis aih duit ang tuu
n gud luck PMR tuu :)

moyang ! wat xm elok2
gud luck naa !!
jgn lupa tokwan !
hahaha







imysm n ilysm mum, both sis n bro

n x lupa aih kt moyang !
hahahahah

<3<3<3<3

bye alor star n taman datuk kumbar !!!
changlun im coming !





Thursday, 19 May 2011

permulaan hidup baru !

assalamualaikum n salam sejahtera !
skema jp :)

k straight to the point , 
sukar aq bayangkan hidup berjauhan dengan family cos x pernah seumur hidup aq berjauhan
nie 1st tyme laa nk kena tinggalkn family tercinta n tersayang !
ahahahha (anak mak mn bule berpisah)

n klu nk taw laa kn, nie la 1st tyme dok asrama
mcm mn ek suasana asrama??
ada hantu x?
warden mai kejut pagi-pagi buta kaa??
mnx-mnx x laa noh

biaq laa kami tidoq selena-lenanya uke
hahaha
23 nie nk p dh
hmm terpaksa la berpisah !
changlun n rumah aq jauh gak laa

lebih 1km ("dea" kata)


mak mak doakn hanis n kwn2 k
serius cuak nk tngglkn rmh n barang-barang berharga


p/s: adek study elok-elok...PMR x lama dh..straight A's k ! 
awak awak, study betol-betol !! SPM next yer taw..x lama dah tuu..tc taw !
bye bye !